Kurang Sebulan Nak Nikah, Siti Saleha Tetap Gementar
Pelakon Siti Saleha berkata dia tetap gementar untuk menuju hari bahagia bergelar isteri kepada jejaka kacukan Melayu-Inggeris iaitu Joshua Fitton.
Memetik Harian Metro, kurang sebulan lagi majlis, Saleha meluahkan rasa syukur urusan perkahwinan berjalan lancar tanpa tekanan serta meminta mendoakan yang baik-baik.
“Semestinya masih gementar tapi kahwin adalah satu perkara yang baik. Saya tak boleh dan tak adil buat perbandingan (dengan perkahwinan terdahulu), cuma belajar daripada kesilapan sendirilah. Perkahwinan adalah satu tanggungjawab besar dan lembaran baharu. Insya-Allah doakan yang baik-baik,” katanya.
Sementara itu, Saleha berkata sebanyak dua majlis akan diadakan serentak di lokasi luar Kuala Lumpur, bagaimanapun aktres itu berkata majlis sebelahnya akan diacakan secara tertutup.
“Joshua asal Melaka, satu-satunya anak lelaki yang belum berkahwin. Mak dia paling teruja dan majlis sebelahnya akan besar-besaran di Melaka,” katanya.
Terdahulu, Saleha dan Joshua berkongsi berita gembira bahawa mereka sudah mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source