Kereta Diparkir 13 Hari Di KLIA Kena Caj Lebih RM2000, Netizen Kata – “Harga Dia Boleh Beli Tiket Flight Lagi Sekali…”
Perkongsian seorang wanita di laman sosial TikTok mendapat perhatian ramai warganet selepas dia menunjukkan jumlah harga caj parkir yang dikenakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.
Menerusi video itu, difahamkan dia telah meletakkan kenderaannya di kawasan Preferred Parking selama hampir 14 hari dan dikenakan caj sebanyak RM2.084.
Tak pasti la nak suka ke duka 😂.
@yaya.tasha Tak tau la nak suka ke duka.. 😂#fyp #fypage #fy #funnymoments ♬ Oh No – Kreepa
Rakaman itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen di laman sosial itu dan sesetengah individu persoal mengapa dia tidak memeriksa terlebih dahulu kadar kawasan parkir jangka panjang dan ada yang memberitahu memang tidak ramai meletakkan kereta di situ kerana harganya yang mahal.
Sesetengah netizen berseloroh dengan jumlah harga yang dicaj dengan berkata RM2,000 itu boleh digunakan untuk perkara lain seperti membeli tiket penerbangan, membeli emas dan ada yang berkata jumlah itu lebih besar daripada gaji bulanan.
Menurut laman rasmi KLIA Terminal 1, kadar parkir di kawasan Preferred Parking adalah lebih tinggi berbanding kawasan parkir biasa di mana ia disasarkan untuk pengguna yang ingin akses mudah, dekat dan selesa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source