‘Seksa saya dah habis’ – Arrora Salwa tersingkir GV11
SHAH ALAM – Konsert minggu kelapan Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menyaksikan Arrora Salwa akhirnya tersingkir daripada mara ke peringkat seterusnya.
Arrora telah menyampaikan lagu Cinta Hanya Sandaran dendangan asal Siti Nordiana dalam Konsert yang bertemakan ‘kengkawan’.
Ketua juri GV11, Datuk Ramli MS dilihat memuji baju yang dipakai Arrora namun enggan mengulas lanjut tentang vokal.
Menurut Ramli, dia tidak mahu memberikan komen yang sama tentang vokal Arrora setiap minggu.
“Tentang vokal, selama lapan minggu rasanya empat kali saya cakap tentang perkara sama. Jadi saya tak mahu ulang lagi. Terima kasih,” katanya.
Arrora sewaktu ucapannya selepas diumumkan tersingkir berkata, dia bersyukur kerana berjaya bertahan hingga minggu kelapan.
“Alhamdulillah akhirnya sampai juga saya ke minggu ke lapan. Saya lega kerana seksa saya dah habis. Terima Kasih kepada kelab peminat, barisan juri dan pihak Astro,” katanya.
Dengan tersingkirnya Arrora, maka tinggal lapan lagi peserta yang akan berentap merebut gelaran juara GV11. Mereka ialah Liza Aziz, Ning Baizura, Fairuz Selamat, Ronnie Hussein, The Lima, Zehra Zamri, The Lima dan Sheila Abdul. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source