40 ditahan terlibat sindiket judi online
KUCHING – Seorang lelaki tempatan bersama-sama 40 orang warga asing tanpa dokumen dicekup dalam serbuan ke atas pusat pengoperasian judi dalam talian (pusat panggilan) di sebuah rumah di Jalan Kepayang, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 18 hingga 31 tahun itu ditangkap dalam operasi yang dijalankan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching, kelmarin.
“Pasukan serbuan turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan dalam pengoperasian tersebut termasuk 19 unit komputer, 17 unit komputer riba dan 28 unit telefon bimbit,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM50,000 serta penjara tidak melebihi tiga tahun.
Selain itu, katanya hendaklah dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM50,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas.
Pada masa sama, Mohd Farhan berkata kesemua tahanan warga asing terbabit turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.
“Permohonan reman ke atas lelaki tempatan telah diperolehi selama tiga hari sehingga 13 Januari manakala bagi 40 orang warga asing tanpa dokumen yang sah ditahan reman di bawah Seksyen 51(5)(B) Akta Imigresen 1959/63 selama 14 hari sehingga 22 Januari,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source