Polis tahan tujuh individu syarikat penyiaran kes ubah wang haram
PETALING JAYA: Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai kanan sebuah syarikat penyiaran di Sarawak bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.
Menurut sumber, kesemua individu berusia antara 20-an hingga 50-an itu ditahan dalam serbuan berasingan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, hari ini.
“Mereka ditahan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sarawak.
“Kesemua ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes penipuan, pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 420 KK, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
“Saya mengesahkan ada tangkapan tujuh orang dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.- UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source