Linda Jasmine Dah Biasa Sendiri, Tiada Beza Lepas Cerai
Guru tari profesional, Linda Jasmine berkata dia menjalani kehidupan seperti biasa meskipun selepas sah bercerai dengan pelakon Que Haidar pada tahun lalu.
Memetik mStar Online, Linda berkata dia sudah biasa hidup berdikari dan baginya tiada beza selepas bercerai. Katanya lagi, hubungannya dengan Que juga baik-baik sahaja.
“Hubungan antara saya dengan dia (Que) juga okay, tiada masalah. Sebab, kami berpisah (cerai) secara baik, Alhamdulillah. Memang kami okay, tiada masalah macam itulah, okay saja. Tak ada gementar ke apa. Tak ada,” katanya.
Sementara itu, Linda berkata dia sebagai ibu dia akan memberikan sokongan penuh terhadap minat anak-anak jika mahu terbabit dalam industri seni.
“Saya sokong 100 peratus. Saya juga ada kongsi pengalaman dan juga beri nasihat kepada dia. Saya akan sentiasa berikan sokongan kepada dia (untuk masuk dalam industri).
“Saya nak masukkan dia ke kelas (berlakon, menyanyi), tetapi setakat ini kelas semua atas 16 tahun. Dia pun belum cecah 16 tahun lagi,” katanya.
Terdahulu, Que mendedahkan dia dan Linda sah bercerai pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13 tahun.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source