UTM, UMPSA terima Naib Canselor baharu
PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan Naib Canselor baharu bagi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
KPT menerusi kenyataan media berkata, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim telah dilantik sebagai Naib Canselor UTM, berkuat kuasa 9 Januari ini manakala Prof. Dr. Yatimah Alias di UMPSA pada 13 Januari, masing-masing bagi tempoh dua tahun.
“Dr. Mohd Shafry, 49, merupakan pakar dalam bidang Sains Komputer (Pemprosesan Imej) dan memiliki ljazah Doktor Falsafah dalam bidang Spatial Modelling dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau berpengalaman luas dalam tadbir urus universiti dan telah memegang pelbagai jawatan pentadbiran.
“Dr. Yatimah, 55, pula merupakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaya (UM) sejak tahun 2022. Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kimia dari University of East Anglia, Australia dan pakar dalam bidang Electrochemistry dan Ionic Liquids,” kata kenyataan itu, hari ini.
Menurut KPT, pihaknya yakin pelantikan berkenaan akan memperkasakan pembangunan akademik dan penyelidikan berteraskan teknologi terkini serta melahirkan graduan berminda global serta mempunyai jati diri tinggi.
“Kementerian turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kedua-dua mantan Naib Canselor UTM dan UMPSA.
“Mereka ialah Datuk Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail dan Datuk Prof. Ts. Dr. Yusserrie Zainuddin yang banyak jasa dan bakti sepanjang menerajui UTM dan UMPSA sebelum ini,” tambah kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source