Sherie Merlis & Hasnul Rahmat Nafi Ada Hubungan Istimewa – “Dari Sebelum Kahwin Kami Sudah Berkawan Baik”
Pelakon, Sherie Merlis tampil menafikan dakwaan dirinya sedang bercinta dengan rakannya yang juga seorang pelakon, Hasnul Rahmat.
Sherie atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal Kassim berkata dia hanya berkawan rapat dengan Hasnul kerana dia sentiasa memberi sokongan buatnya.
Kami kawan rapat dan sebagai seorang pelakon sukar untuk mencari kawan. Contohnya, bila sudah rapat kami akan jarang berjumpa setiap kali penggambaran selesai.
Hasnul merupakan seorang sahabat yang baik dan kami sentiasa memberi sokongan terhadap satu sama lain.
Ada masanya memang kami tak berjumpa tapi kami boleh memahami tetap keakraban itu tidak pernah putus.
Memetik dari OhBulan!, pelakon itu juga memaklumkan dia sudah berkawan rapat dengan Hasnul sebelum dirinya mendirikan rumah tangga lagi.
Sebenarnya dari sebelum saya berkahwin kami sudah berkawan baik.
Waktu itu juga dia sudah ada kekasih sampailah berkahwin dan bercerai memang kami tetap berkawan.
Dia turut berkata dia amat menghargai persabahatannya bersama Hasnul kerana dia seorang yang sangat baik dan sanggup bertahan menjadi kawannya.
Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan Sherie dan Hasnul menjalinkan hubungan cinta selepas tular beberapa gambar mereka bersama di media sosial.
Gambar itu mula tular selepas Sherie didakwa sudah berpisah dengan bekas suaminya, Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid selepas lelaki itu memuat naik hantaran memberitahu dia kini bergelar bapa tunggal.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source