Polis sahkan mayat wanita, bayi ditemui mati tiada unsur jenayah
KULAI – Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita warga asing yang terbaring bersama bayi yang baharu dilahirkan di Jalan Impiana 5, Taman Impiana Kelapa Sawit di sini pagi tadi tiada unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, punca kematian adalah disebabkan komplikasi kelahiran berdasarkan penemuan bayi lelaki yang masih bertali pusat serta organ dipercayai berhampiran mayat ditemui.
“Pada pukul 8.15 pagi, Balai Polis Kelapa Sawit telah menerima laporan daripada orang awam terlihat satu jasad wanita terbaring bersama seorang bayi yang masih bertali pusat.
“Pasukan perubatan yang hadir ke lokasi mengesahkan kematian kedua-dua mangsa.
“Hasil siasatan awal mendapati si mati merupakan seorang wanita warga asing dan tiada kecederaan luaran pada anggota badan yang boleh dikaitkan dengan jenayah,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Seng Lee berkata, kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 316 Kanun Keseksaan.
“Polis turut meminta mana-mana saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil memberi maklumat di balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Arun Ramamoorthy ditalian 013-3332385.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source