“Walaupun Saya Dah Jelaskan, Tapi…” – Mark Adam Terkilan, Dedah Pihak Berkuasa Datang ‘Check’ Gerai
Sebelum ini, tular mengenai harga Sate Bhalut yang dijual oleh penyanyi dan pelawak, Mark Adam di Havoc Festival, Shah Alam kerana dikatakan terlalu mahal.
Baru-baru ini, Mark Adam atau Fikri Mark Adam Abdullah mendedahkan bahawa masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya.
Menurut Mstar, dia berkata gerainya didatangi oleh penguatkuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membuat pemeriksaan terhadap gerai jualannya itu.
Walaupun sudah jelaskan tapi masih ada yang tak puas hati dan komen negatif lagi sampaikan tadi ada pekerja saya beritahu ada pihak berkuasa datang untuk periksa harga di gerai saya.
Walau bagaimanapun, penyanyi itu memberi kerjasama yang penuh kerana dia memahami tugas mereka untuk memeriksa dan mengira harga jualan dan kos barangannya.
Tugas pihak berkuasa tu untuk periksa dan kira harga jualan saya dan kos barangan semuanya saya tak selindung dan tunjuk kepada pihak tersebut.
Barang-barang premium seperti daging, kambing daripada New Zealand, ayam bahagian peha jadi semuanya sudah dijelaskan sebab tu saya tak risau lagi pun saya meniaga di karnival makanan jadi harga memang berbeza.
Dia turut berkata biarpun dia sedikit terasa dengan kecaman yang diberikan oleh orang ramai, dia menerima dengan hati yang terbuka untuk memperbaiki lagi mutu kualiti produk perniagaannya.
Dalam pada itu, dia juga memberitahu dia merancang untk menghasilkan menu baru yang lebih murah dan mampu milik agar bersesuaian dengan kemampuan pembelinya.
BACA: 3 Cucuk Sate & Air Blue Lemon Dicaj RM21.90, Perniagaan Sate Bhalut Mark Adam Dikritik Mahal?
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source