Saya bukan ‘monster’, saya akan pertahan diri di mahkamah
KUANTAN – Saya bukan ‘monster’ saya sudah banyak ‘sacrifice’ untuk keluarga tetapi saya tak verbal dan saya akan mempertahankan diri di mahkamah,”kata Abd Zackery Ghouse Abd Ghani,46, mengulas mengenai krisis rumah tangga dengan isterinya Zahnita Dorothy Hussein Wilson.
Katanya akibat pelbagai dakwaan yang dilaporkan pelbagai pihak dalam kes melibatkannya dan Zahnita dia menerima begitu banyak tohmahan dilemparkan oleh netizen sedangkan perkara itu tidak benar.
“Saya dapati seluruh rakyat yang mengikuti dia (Zahnita) menganggap saya ini seorang yang ganas, ‘monster’ seorang yang memukul isteri dan menganiayai anak-anak itu tak betul.
“Saya adalah ayah, saya melindungi anak-anak saya dan juga anak bongsu saya,”katanya ketika ditemui di kediamannya di Mahkota Height di sini hari ini.
Pada 5 Disember lalu Abd Zackery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan di sini atas pertuduhan mencederakan bekas pelakon itu diikuti pada 9 Disember Mahkamah Majistret membenarkan permohonannya untuk mendapat perintah perlindungan interim (IPO).
Pada 6 Disember tahun lalu Mahkamah Tinggi Syariah Pahang membenarkan hak jagaan sementara exparte diberikan kepada Zahnita selepas beliau memohon kepada mahkamah mendapatkan jagaan anaknya.
Dalam pada itu Abd Zackery Ghouse berkata, pada masa ini dia tidak dapat tidur lena mengenangkan anak bongsunya yang mengalami autisme yang kini berada bersama Zahnita.
Jelasnya dia risau kejadian anaknya yang sebelum ini pernah ‘hilang’ apabila keluar seorang diri dari rumah sebeelum ditemukan jauh daripada rumah. -KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source