Kempen Visit Malaysia 2026 Dah Buka Tirai! Jom Rasa Bestnya Malaysia!
Malaysia baru jer lancarkan kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) dengan penuh gempak dekat Hangar 6, Sepang, semalam (6 Januari 2025). Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sendiri yang rasmikan. Siap ada logo baru, maskot comel, lagu tema best, dan pesawat dengan design khas untuk kempen ni!
Lagu tema pun ada!
Lagu bertajuk “Surreal Experiences” pun turut diperkenalkan sebagai muzik rasmi VM2026. Lagu ni bawa vibe unik Malaysia dan dijamin akan buat pelancong makin teruja nak datang dan rasai pengalaman magik kat Malaysia!
Maskot? Beruang Matahari Malaya!
Beruang comel ni jadi maskot rasmi VM2026. Direka dalam gaya animasi, ia bukan jer cute tapi juga simbol komitmen Malaysia untuk jaga hidupan liar. Sesuai untuk semua peringkat umur!
Kenapa VM2026 penting?
Kempen ni tak cuma nak tarik pelancong, tapi juga nak jana pendapatan negara (target RM147.1 bilion tu!). Selain tu, ia bantu cipta peluang kerja dan tingkatkan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan kelas dunia.
Acara Special: Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025!
Sebagai warm-up untuk VM2026, MSMR akan berlangsung 8 Februari 2025 di KLCC. Gabungan muzik, budaya, dan gaya hidup sihat – confirm ramai yang nak join sebab dijangka lebih 20,000 orang akan memeriahkan acara ni!
Dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Malaysia Aviation Group, AirAsia, Mastercard, dan banyak lagi, kempen ni aim untuk jadikan Malaysia lebih terkenal dan tarik perhatian dunia. Jom kita nantikan kemeriahan VM2026!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source