“Aku Mencintaimu Kerana Allah” – Suami Anggap Heliza Helmi Bidadari Syurga
Perkongsian suami kepada Heliza Helmi yang juga usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman akhirnya meleraikan spekulasi rumah tangga mereka dikatakan bergolak.
Menerusi perkongsian di Instagram, Mahadi meluahkan rasa syukur genap tiga tahun perkahwinan mereka serta menyifatkan kehadiran Heliza adalah tanda kasih Allah buat dirinya.
“Alhamdulillah, hari ini genap tiga tahun kita melayari bahtera perkahwinan bersama. Setiap detik bersamamu adalah nikmat yang tidak pernah henti aku syukuri kepada Allah. Kehadiranmu dalam hidupku adalah tanda kasih sayang Allah yang terbesar buatku.
“Engkaulah bidadariku di dunia ini, penyejuk mata, dan pelengkap separuh agamaku. Aku berdoa agar cinta kita sentiasa diberkati, diredhai dan dipimpin oleh Allah menuju syurgaNya,” tulisnya.
Sementara itu, Mahadi turut berdoa agar dikurniakan ketenangan dalam rumah tangga mereka serta mengatakan kasih dan cinta terhadap isterinya itu kerana Allah.
“Semoga Allah terus menguatkan cinta kita, mengurniakan ketenangan dalam rumah tangga kita dan menjadikan kita pasangan yang saling menguatkan di jalanNya.
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga, Aku mencintaimu kerana Allah dan semoga perjalanan kita ini kekal hingga ke akhir hayat dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya,” tulisnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source