“Ya, Saya & Erra Sedang Berkawan Baik”
Baru-baru ini perkongsian pelakon popular, Erra Fazira menjadi perhatian apabila menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran kepada seseorang yang tidak didedahkan identitinya.
Erra membuat ucapan tersebut buat insan yang disifatkannya sebagai mendamaikan serta berharap agar segala doa individu tersebut diperkenankan Allah.
Sementara itu, Mr E tidak menafikan yang mereka kini sedang dalam fasa mengenali hati budi namun hubungan mereka tidak lebih sekadar berkawan baik.
“Ya, kami sedang berkawan baik. Cuma, saya tidak mahu ulas panjang mengenainya memandangkan saya bukanlah individu yang terbabit dalam dunia seni seperti Erra.
“Jadi, saya lebih senang mengambil pendekatan ‘low-key’ memandangkan kami pun hanya berkawan baik dan tidak lebih daripada itu.
“Memang saya dan Erra sudah kenal lama, cuma kami baru sahaja rapat. Saya pun terkejut berita berkaitan keluar sebab pada masa sekarang, kami hanya berkawan.
“Saya harap perkara ini tidak memberikan tekanan kepada Erra mahupun saya sendiri. Apapun, saya ucapkan terima kasih atas doa yang baik-baik,” katanya.
Dalam pada itu, lelaki berusia 44 tahun itu menyifatkan Erra sebagai wanita matang dan senang berbincang dengan aktres itu mengenai apa saja perkara.
“Sudah tentu saya senang dengan sikapnya sebagai wanita profesional, matang dan boleh dibawa berbincang mengenai apa sahaja perkara. Jadi, keakraban wujud atas dasar keserasian. Malah, personaliti baiknya itu membuatkan kami terbuka untuk saling berkawan. Tak lebih daripada itu,” katanya.
SUMBER: BH Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source