Kucing di UM tiada kesan dera, mungkin diserang anjing – Polis
KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan tiada unsur penderaan berlaku dalam kes empat ekor kucing yang ditemukan mati di Universiti Malaya (UM), di sini, sejak 17 Disember lalu.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Datuk Ayob berkata, empat daripada lima laporan penemuan bangkai kucing di universiti berkenaan disahkan berpunca gigitan haiwan seperti anjing liar yang berada di dalam premis.
Katanya, satu laporan terbaharu diterima semalam namun pihaknya dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) masih menyiasat punca kematian kucing itu.
“Hasil siasatan dua bangkai yang dijumpai 17 Disember lalu disahkan gigitan daripada haiwan manakala dua bangkai kucing lagi (ditemukan 20 dan 25 Disember) akibat kecederaan parah di dada dan mengakibatkan luka dan pendarahan di jantung.
“Post mortem (bangkai 20 Disember) mendapati tiada sebarang unsur penderaan oleh manusia ke atasnya kerana tiga kaki koyak tidak sekata, tulang kaki patah tidak sekata dan tidak berpunca dari sebarang objek yang tajam,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini turut disertai Pengarah Bahagian Regulatori DVS, Dr Mohd Razli Abdul Razak; Pengarah Makmal Veterinar Zon Tengah DVS, Dr Mohd Shafarin Shamsuddin dan Ketua Seksyen Kebajikan Haiwan DVS, Dr Marzuna Md Yunus.
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Mohd Razali Mohd Idrus.
Azry Akmar berkata, bangkai kucing yang ditemui pada 25 Disember pula mengalami payah tulang rusuk kiri selain kesan koyakan pada jantung yang selari berpunca dari tusukan rusuk patah serta tiga luka koyakan berbeza di perut.
Bagi empat kes terdahulu, sebanyak 11 rakaman percakapan terdiri daripada pensyarah, penuntut, polis bantuan, Aktivis Haiwan dan Doktor Veterinar telah diambil.
Selain itu, tiada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) setiap kejadian itu (secara spesifik) diperoleh dan hanya mengesan CCTV memaparkan keberadaan kumpulan anjing liar yang dianggarkan sehingga lima ekor.
“Bagi laporan penemuan bangkai kucing semalam, kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.
“Bangkai kucing itu telah diserahkan kepada DVS bagi tujuan bedah siasat manakala tiga individu terdiri daripada pengadu, rakan pengadu dan kakitangan keselamatan, ” ujarnya lagi.
Tambahnya, pihaknya akan berbincang dengan pihak pengurusan universiti terbabit bagi tindakan selanjutnya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang awam agar tidak membuat spekulasi berhubung kes ini bagi mengelakkan kegelisahan terhadap orang ramai. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source