‘Ibu harap mayat reput di Banting bukan Xin Yuan’
PETALING JAYA – “Ibu Xin Yuan sedih namun, dia harap bukan anaknya”.
Demikian kata bapa saudara mangsa dikenali sebagai Tee yang bercerita keadaan ibu kepada remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak 19 Disember lalu di Batu 11 Cheras Kajang, di sini.
Berita kehilangan Xin Yuan itu dikaitkan dengan penemuan mayat reput di Banting, Selangor pada Sabtu lalu.
Menurut Tee, setakat ini pihak keluarga sedang menunggu keputusan keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diambil daripada ibu mangsa.
“Ahad lalu, polis memaklumkan menemui satu mayat jadi ibu Xin Yuan telah menyerahkan sampel darah. Buat masa ini, jantina atau identiti mayat itu belum dapat disahkan.
“Ibu Xin Yuan sedih namun dia harapkan ia (mayat) bukan anaknya,” ujarnya.
Tee berkata, pihak keluarga memberi laluan kepada polis untuk menjalankan siasatan kes terbabit.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan penemuan mayat reput di sebuah sungai di Banting, mempunyai kaitan dengan kes kehilangan remaja perempuan berusia 15 tahun di Kajang pada 19 Disember lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis sudah menahan tiga individu buat masa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, penemuan mayat mangsa yang dibuang ke dalam sungai adalah hasil daripada penahanan tiga individu, salah seorang daripadanya dipercayai merupakan teman lelaki mangsa. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source