Idzham Ismail tak halang bekas isteri jumpa anak
PETALING JAYA – Meskipun sudah berpisah, pelakon Idzham Ismail tetap mahu mengekalkan hubungan baik antara bekas isteri, Siti Nur Abilah dan anak-anaknya.
Kata Idzham atau nama sebenarnya Muhammad Idzham Ismail, 36, dia enggan menghalang bekas isteri untuk berjumpa permata hatinya itu.
“Masih (bekas isteri berjumpa anak-anak) saya bukan seorang yang kejam untuk menghalang anak saya dari berjumpa dengan mak dia.
Jadi masih jumpa,” katanya di Instastory miliknya.
Dalam masa sama, Idzham enggan mengulas lebih lanjut mengenai perceraian dengan bekas isteri walaupun rumah tangga mereka kelihatan sangat bahagia.
“Tiada komen, jangan tanya saya,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Idzham pernah memuat naik status yang seolah-olah memberi bayangan wujud konflik dalam rumah tangganya.
Susulan itu, ramai menebak perkahwinan yang dibina dengan kru kabin itu kini sedang bergolak.
Pada 4 November lalu, Mahkamah Rendah Syariah Klang Selangor mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Idzham terhadap Abilah pada awal Oktober.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source