65 anak muda Kelantan teruja tunai umrah tajaan Andalusia
SEPANG – Seramai 65 anak muda dari Kelantan menjadi kumpulan pertama yang terpilih mengerjakan umrah percuma tajaan syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia).
Kesemua mereka akan menaiki penerbangan MH0156 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah pada pukul 7 malam ini.
Menurut Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah, pihaknya berbesar hati menawarkan tajaan pakej umrah percuma kepada 200 anak muda jati Kelantan menerusi program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan.
“Hari ini merupakan penerbangan bagi kumpulan pertama yang mana mereka semua telah lulus dengan jayanya solat berjemaah di Masjid Imanul Faizin selama 30 hari tanpa gagal.
“Ia melibatkan sebanyak 90 waktu solat iaitu maghrib, isyak dan subuh,” katanya kepada pemberita di KLIA, di sini hari ini.
Kata beliau, kumpulan pertama terdiri daripada 65 anak muda itu akan dibimbing dan disantuni oleh dua orang mutawif sepanjang tempoh umrah iaitu selama 12 hari 10 malam.
Sementara itu, katanya, objektif program berkenaan adalah untuk menarik golongan anak muda yang berasal dari Kelantan untuk mengimarahkan masjid Imanul Faizin.
“Ia sekali gus dapat membentuk golongan muda dalam mendalami asas kerohanian serta ilmu fardhu ain sebelum ke Tanah Suci,” ujarnya.
Tambahnya, pihaknya akan menyambung pencarian lebih ramai anak muda sehingga lengkap 200 orang bagi mengikuti program itu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source