Takut ‘Sangkut’ Ketika Di Kaunter Imigresen? Ini Tips ‘Rare’ Untuk ‘Lepas’ Imigresen Tanpa Banyak Soal
Jika ingin melepasi sempadan negara, sudah tentu korang perlu melepasi imigresen terlebih dahulu.
Pegawai imigresen bertanggungjawab untuk membuat pemantauan dan tapisan, bagi mengelakkan pelbagai kes seperti jenayah rentas sempadan dan ini agak merimaskan, lebih-lebih ketika banyak disoal siasat oleh pegawai bertugas.
Oleh itu, seorang individu telah berkongsi tips untuk melepasi pemeriksaan imigresen tanpa perlu banyak disoal siasat.
- Jangan tersenyum atau tersengih dan tak perlu juga ‘buat muka’.
Tak perlu terlalu ‘try hard’ untuk memberi impresi yang baik kepada pegawai imigresen. Buat muka biasa sahaja seperti orang tiada perasaan.
- Tak perlu terlalu peramah dengan mereka.
Pegawai imigresen mempunyai masa yang terhad untuk setiap kedatangan. Jika mereka bertanya, itu tugas mereka. Korang tak perlu ambil tugas mereka dengan tanya soalan peribadi macam “dah makan ke?”. Tak perlu.
- Buka ‘jaket’ pasport dahulu.
Mereka ada banyak kerja, mudahkan kerja mereka kerana mereka perlu leretkan pasport korang atau tekapkan pada pengimbas.
- Jawab soalan mereka seringkas mungkin.
Soalan biasa yang akan ditanya adalah, “datang sini untuk apa?” Jadi jawablah dengan tenang dan seringkas mungkin seperti “untuk bercuti”.
- Sediakan dokumen wajib walaupun mereka tak minta.
Antara perkara wajib yang korang perlu sediakan adalah tiket itinerari pergi balik, duit tunai yang mencukupi untuk tinggal selama di sana dan bukti tempahan hotel.
- Jika ditanya korang ada saudara mara, sahabat handai di negara yang korang nak pergi, lebih selamat cakap tiada.
Kalau korang cakap ada, mereka akan minta maklumat saudara mara korang untuk pastikan korang bercuti dan pulang semula ke tanah air.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source