Kerusi DUN Rembia kekal, Jailani kini ADUN pembangkang
MELAKA: Kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis diubah ke blok pembangkang susulan pengumumannya telah menyertai Pas sejak 10 Jun 2023.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, keputusan interim itu dibuat selaras Peraturan 9(1), 36 dan 37 Peraturan Dewan.
Jelas beliau, menentukan kedudukan ADUN Rembia termasuk dalam urusan mesyuarat dan perlu ditentukan dengan jelas berdasarkan bukti atau dokumen rasmi yang diterima.
“Bagaimanapun, sehingga hari ini saya tidak mendapat sebarang surat jawapan balas rasmi daripada Pas berhubung kedudukan Rembia. Pengakuan ADUN Rembia juga sangat samar yang mengatakan telah menyertai Pas sejak 10 Jun 2023.
“Ini sahaja bukti yang ada pada saya untuk menjawab persoalan-persoalan ini. Berdasarkan Peraturan 9(1), 36 dan 37 Peraturan Dewan, saya menentukan kedudukan ADUN Rembia kini di blok pembangkang berkuat kuasa serta-merta.
“Saya juga mengisytiharkan blok pembangkang bertambah kepada tiga ADUN manakala blok penyokong kerajaan kekurangan satu kerusi menjadi 25 ADUN,” katanya ketika berucap pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga DUN Melaka Ke-15 di Seri Negeri Ayer Keroh di sini, hari ini.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Muhammad Jailani telah menyertai parti itu secara rasmi pada 10 Jun 2023.
Terdahulu, sidang DUN Melaka tegang susulan tindakan Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh (BN-Merlimau) yang bangun mencelah menuntut penjelasan Ibrahim berhubung keputusan beliau tidak mengosongkan kerusi DUN Rembia.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu turut melabelkan Muhammad Jailani sebagai pengkhianat dan katak politik.
Muhammad Jailani yang berang segera bangun dan membidas tindakan Muhamad Akmal yang mempersoalkan keputusan tersebut setelah diumumkan Speaker Dewan.
Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, ketetapan itu bukan mudah untuk diputuskan kerana melibatkan kes yang tidak pernah berlaku di mana-mana Sidang DUN atau Parlimen. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source