“Saya Berjaya Hilang 5KG Dalam Seminggu…” – Amalkan ‘Liquid Diet’, Sweet Qismina Hilang 10KG Dalam Masa Sebulan Demi Filem Babah
Pelakon jelita, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram (KG) demi menjayakan watak sebagai seorang pesakit Sindrom Guillain-Barre dalam filem Babah.
Memetik dari Xtra, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi menepis dakwaan dia melakukan prosedur bariatrik atau potong usus dengan menjelaskan dia mendapatkan nasihat daripada doktor pakar nutrisi.
Saya dapatkan nasihat pakar diet dari hospital, jadi tiada istilah saya potong usus untuk cepat kurus.
Sejujurnya, saya amalkan liquid diet. Saya hanya minum susu sahaja sepanjang hari.
Kalau lapar sangat saya akan makan epal atau sebiji telur sahaja.
Jelas pelakon itu, dia berjaya menghilangkan sebanyak lima kilogram selama seminggu namun pihak penerbit memintanya untuk tampak lebih kurus.
Saya dan turun 5kg tapi penerbit minta turunkan berat badan lagi supaya nampak lebih kurus dan cengkung. Jadi selepas jadual penggambaran diaturkan kembali, saya berjaya turun 10kg dalam masa sebulan.
Dari berat 53kg, saya berjaya capai 43kg demi menjayakan babak sakit itu.
Sekadar info, filem Babah berjaya mengutip RM6 juta selepas empat minggu ditayangkan di pawagam.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source