Kelantan teliti pelaksanaan hukuman sebat
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan membuat penelitian terperinci sebelum menjalankan hukuman sebat kepada pesalah syariah sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Terengganu esok.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd. Asri Mat Daud berkata, pada sama pihaknya perlu mengambil pandangan ramai termasuk polis, Jabatan Penjara Malaysia dan hospital sebelum hukuman itu dijalankan.
“Bagaimanapun setakat ini ia belum dilaksanakan. Apapun hukuman ini tidak menimbulkan apa-apa polemik sebab ia termaktub dalam undang-undang syariah negeri.
“Lagipun pelaksanaan undang-undang syariah mengikut negeri masing-‘masing,” katanya selepas merasmikan Penyerahan Sijil Halal Nasken International Sdn. Bhd. di Kota Seribong, Pasir Hor, di sini hari ini.
Mohd. Asri berkata, enakmen berhubung hukuman sebat itu sudah lama diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Media sebelum ini melaporkan, Mohd. Affendi Awang, 42, menjadi individu pertama di Terengganu yang dihukum dengan enam kali sebatan di khalayak ramai esok.
Hukuman itu diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada 20 November lepas setelah lelaki itu mengaku salah atas kesalahan khalwat berulang mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source