Almarhum beri rawatan tatkala saya dibantai dalam tahanan – Anwar
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkhabaran pemergian seorang pakar mata, Datuk Dr. Ahmad Shukri Mohamed iaitu individu yang merawatnya sewaktu beliau berada di dalam tahanan polis pada tahun 1998.
Anwar menerusi hantaran Facebook berkata, Allahyarham Dr. Ahmad Shukri juga pernah menjadi saksi dengan memberikan keterangan berkait tohmahan terhadap dirinya.
“Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun. Menerima perkhabaran duka pemergian kenalan keluarga, Datuk Dr. Ahmad Shukri Mohamed.
“Almarhum adalah pakar mata yang telah memberi rawatan kepada saya tatkala dibantai di dalam tahanan polis pada tahun 1998.
“Almarhum juga antara yang tampil sebagai saksi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tohmahan kononnya saya telah mencederakan diri sendiri,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, Anwar mendoakan keluarga Allahyarham diberikan kekuatan oleh Allah SWT.
“Jasa dan keikhlasan Almarhum akan sentiasa terpahat dalam ingatan.
“Mendoakan keluarganya diberi kekuatan dan semoga Allah mengampunkan dosa Alhmarhum, insya-Allah al-Fatihah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source