[VIDEO] Cukuplah apa terjadi – Ibu
BALIK PULAU – Ibu kepada Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, nekad tidak mahu membenarkan anak lelakinya itu turun lagi ke laut selepas insiden bot yang mereka naiki mangsa hanyut selama enam hari sehingga ke perairan Aceh, Indonesia.
Hanita Ismail, 47, berkata, dia mahu anaknya meneruskan tugas sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) memandangkan kerjaya di laut berdepan banyak cabaran.
”Saya memang tidak akan benarkan dia (Muhammad Ikmal) untuk turun ke laut lagi selepas ini, cukuplah dengan apa yang berlaku.
“Kawan-kawan yang bekerja dengan anak saya di dalam Rela juga telah datang hari ini, mereka panggil dia bekerja semula bersama mereka,” katanya ketika ditemui di Jeti Limbungan Batu Maung, di sini hari ini.
Menurut Hanita, dia juga hanya tidur selama dua jam sahaja semalam kerana tidak sabar untuk bertemu dengan anaknya itu.
Dalam pada itu, ibu kepada Nor Hasrul Abdullah, 25, Noor Azilah Jamaluddin, 44 berkata, dia pula akan membenarkan anaknya itu untuk turun ke laut kerana memang minatnya menjadi seorang nelayan.
“Cuma saya mahu dia tingkatkan keselamatan sebelum turun ke laut, apa yang berlaku adalah pengalaman berharga kepada mereka,” katanya. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source