Tekong darat lolos, Alza bawa 10 PATI Myanmar terbabas
TUMPAT – Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membawa 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar termasuk seorang kanak-kanak terbabas selepas merempuh beberapa kenderaan lain semasa dikejar polis di Kampung Bechah Temalang di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 7.40 malam itu, pemandu MPV jenis Perodua Alza yang dipercayai berperanan sebagai tekong darat sempat melarikan diri selepas kenderaan tersebut terbabas.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, kereta peronda polis (MPV) mengesan sebuah Perodua Alza dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Terbak di sini.
Menurutnya, anggota unit peronda mengarahkan kenderaan itu berhenti, namun pemandunya bertindak memecut laju MPV berkenaan ke jalan Wakaf Bharu sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
“MPV itu kemudian merempuh beberapa buah kenderaan lain sebelum terbabas semasa tiba di Kampung Bechah Temalang. Pemandu kenderaan itu bertindak melarikan diri dan gagal dikesan kerana keadaan gelap di kawasan itu.
“Pemeriksaan ke atas MPV itu menjumpai seramai 10 PATI warga Myanmar yang terdiri daripada tujuh lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Khairi memberitahu, semakan mendapati, MPV itu menggunakan nombor pedaftaran palsu.
Menurutnya, kesemua PATI dan MPV itu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Tumpat di sini untuk siasatan lanjut.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seskyen 55E Akta Imigresen dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source