Hannah gesa atlet tidak ambil jalan singkat
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan memberi peringatan kepada semua atlet negara untuk meraih kemenangan dalam apa jua sukan yang diceburi dengan bermaruah dan berintegriti agar kejayaan yang dilakar dapat dibanggakan dan dihormati.
Hannah Yeoh berkata, semua atlet negara tidak boleh menggunakan jalan pintas untuk mendapatkan wang dan kekayaan dengan terbabit dalam salah laku seperti rasuah mahupun mengatur perlawanan.
“Kita selalu amalkan Kod Sukan Selamat jadi saya berharap perkara (berlaku baru-baru ini) sebagai pengajaran. Saya minta atlet kita jangan terpengaruh perkara seperti ini dan jangan ambil jalan singkat dapatkan duit untuk cepat kaya.
“Untuk KBS (Kementerian Belia dan Sukan) kita memang sudah berbincang dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tahun lalu untuk melihat bagaimana kita nak pastikan bukan sahaja badminton tetapi semua sukan bebas daripada rasuah dan mengatur perlawanan,” katanya.
Jumaat lalu, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menggantung bekas pemain perseorangan lelaki, Liew Daren dan penganalisis Institut Sukan Negara (ISN) Jerry Gan, masing-masing selama 12 dan tiga bulan selepas didapati terbabit dalam kegiatan pertaruhan.
BWF mengesahkan Daren terbabit dalam aktiviti pertaruhan dari 2018 hingga 2021 dan berusaha menghalang siasatan dengan menyembunyikan maklumat.
Sebagai rekod, sebelum ini, dua pemain badminton negara iaitu Zulfadli Zulkifli dan Tan Chun Seang turut terlibat dalam mengatur perlawanan malah BWF mengenakan hukuman gantung 20 tahun kepada Zulfadli dan 15 tahun kepada Chun Seang berkuat kuasa 12 Januari 2018.
Kedua-dua pemain turut didenda masing-masing AS$25,000 (RM112,000) dan AS$15,000 (RM67,000).- UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source