Rempuhan pasar Krismas di Jerman: Suspek anti Islam
MAGDEBURG : Suspek utama yang merempuh orang ramai sehingga meragut lima nyawa di Pasar Krismas Magdeburg pada Jumaat, dipercayai memiliki pandangan anti-Islam serta tidak berpuas hati dengan dasar migran dan pelarian Jerman.
Rempuhan menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu turut mencederakan 205 orang, termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang terkorban.
Kesemua mangsa menerima rawatan di 15 hospital sekitar wilayah tersebut.
Menurut siasatan awal, suspek yang dikenali sebagai Taleb al-Abdulmohsen, 50, merupakan seorang doktor psikiatri dari Arab Saudi.
Namun, pihak berkuasa mendapati Taleb mempunyai sentiment ‘Islamofobia’ berdasarkan bukti siasatan dan catatan lamanya dalam media sosial.
“Latar belakang mengenai jenayah ini mungkin berkait dengan rasa tidak puas hati terhadap cara pelarian Arab Saudi dilayan di Jerman,” kata seorang Pendakwa Raya.
Taleb yang menggelar dirinya sebagai seorang ‘ateis Saudi’ dilaporkan membantu wanita Saudi melarikan diri dari negaranya, tetapi sering mengkritik sikap Jerman yang disifatkannya terlalu longgar terhadap pelarian dari negara-negara Islam lain.
Bagaimanapun, laporan akhbar Die Welt menyatakan Polis Persekutuan Jerman telah melakukan penilaian risiko terhadap Taleb tahun lalu, tetapi mendapati beliau ‘tidak menunjukkan ancaman spesifik’.
Canselor Jerman, Olaf Scholz bersama Presiden Frank-Walter Steinmeier telah melawat lokasi kejadian dan menghadiri upacara memperingati mangsa di Gereja Johanneskirche, Magdeburg.
“Kami akan bertindak dengan undang-undang sepenuhnya ke atas insiden ini,” kata Scholz sambil menyeru rakyat untuk bersatu dalam menghadapi tragedi tersebut.
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden turut menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Jerman yang berkabung atas tragedi tersebut, manakala Pope Francis mengutuskan ucapan simpati kepada Steinmeier melalui telegram. -AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source