Empat lelaki Rusia selamat, kapal layar terkandas di beting pasir Kuala Oya
DALAT – Empat kru kapal layar dari Rusia berdepan detik cemas apabila terkandas di beting pasir Kuala Oya di sini semalam, akibat cuaca buruk dan kerosakan alat navigasi (GPS).
Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika ombak kuat, angin kencang dan hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang melihat kapal tersebut tersangkut di beting pasir kira-kira 50 hingga 100 meter (m) dari pantai.
“Kami segera menghubungi Angkatan Pertahan Awam (APM) Bintulu dan Pusat Kawalan Operasi Maritim (MRSC) Kuching untuk makluman.
“Namun, keadaan ombak yang kuat menyebabkan pihak polis dan penduduk setempat tidak dapat memberikan bantuan segera kepada kru kapal,” katanya dalam satu kenyataan.
Menjelas lanjut, beliau berkata apabila hujan reda sekitar pukul 10 malam, beberapa pegawai polis bersama-sama penduduk kampung bertindak meredah hutan di tepi pantai berkenaan sejauh 300m dan berjaya menemui kru kapal yang berlindung di daratan pantai Kuala Oya.
Terdahulu, Saga berkata kesemua lelaki warga Rusia itu yang berlayar dari Filipina telah singgah di Labuan dan seterusnya akan ke Kuching namun semasa pelayaran dari Miri, kapal mereka mengalami kerosakan alat navigasi dan terperangkap di beting pasir Kuala Oya.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source