Pemegang saham MAHB disaran terima tawaran pengambilalihan
PETALING JAYA: Hong Leong Investment Bank (HLIB) menyarankan pemegang saham Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) menerima tawaran daripada konsortium yang diketuai oleh Khazanah Nasional Bhd.
Menerusi pekeliling nasihat bebas yang dikeluarkan di Bursa Malaysia, HLIB selaku penasihat bebas bagi tawaran pengambilalihan tersebut berkata, harga tawaran RM11 sesaham adalah lebih rendah daripada anggaran nilai saham MAHB, iaitu di antara RM12.61 hingga RM13.71 sesaham.
Walau bagaimanapun, HLIB menganggap tawaran itu munasabah kerana beberapa faktor, antaranya tiada tawaran pengambilalihan lain yang bersaing untuk MAHB.
“Selain itu, harga tawaran mewakili premium berbanding harga pasaran saham MAHB sebelum ini dan tawaran ini memberi peluang kepada pemegang saham untuk menjual saham mereka.
“Berdasarkan penilaian kami, tawaran ini tidak adil tetapi munasabah. Justeru, HLIB menasihatkan Lembaga Pengarah MAHB yang tidak berkepentingan untuk mengesyorkan pemegang saham menerima tawaran tersebut,” kata HLIB dalam IAC.
HLIB turut mengingatkan pemegang saham untuk mempertimbangkan objektif pelaburan dan toleransi risiko masing-masing sebelum membuat keputusan.
Pemegang saham yang memerlukan nasihat khusus digalakkan untuk berunding dengan penasihat kewangan mereka.
Tawaran pengambilalihan MAHB ini dibuat oleh sebuah konsortium yang diketuai anak syarikat Khazanah, UEM Group Bhd. dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan termasuk anak syarikat milik penuh Abu Dhabi Investment Authority dan dana yang diuruskan oleh Global Infrastructure Partners.
Sekiranya berjaya, konsortium tersebut akan menguasai sepenuhnya MAHB. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source