Warga emas pandu Nissan Almera maut dirempuh Toyota Vios
KLUANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta Nissan Almera dipandunya dirempuh oleh sebuah kereta Toyota Vios ketika cuba memasuki simpang dalam kejadian di Kilometer 56.5, Jalan Batu Pahat – Mersing, pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Hussin berkata, kejadian berlaku pukul 9 pagi itu, mangsa, Lau Yuen Heng, 78, mengalami kecederaan parah di kepala meninggal duni di tempat kejadian, manakala pemandu Vios, 34, cedera ringan di badan dan masih menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.
Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari bandar Kluang menghala ke Taman Megah manakala pemandu Toyota Vios yang juga seorang guru sekolah daripada Batu 3 ke Bandar Kluang.
“Ketika sampai di lokasi kejadian, warga emas berkenaan dikatakan secara tiba-tiba memasuki simpang kanan menghala ke Taman Megah.
“Pemandu Toyota Vios yang datang daripada arah hadapan tidak sempat mengelak serta memberhentikan kenderaannya sebelum berlaku perlanggaran di bahagian tepi sebelah kiri,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Ujarnya lagi, mayat mangsa dirujuk ke hospital sama untuk proses bedah siasat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source