Piala Asean: Thailand bangkit ‘bantu’ Harimau Malaya
PETALING JAYA – Harapan skuad Harimau Malaya untuk memintas Singapura semakin cerah selepas skuad Sang Singa itu tewas 2-4 kepada Thailand pada aksi ketiga Kumpulan A saingan Piala Asean 2024 sebentar tadi.
Pada perlawanan di Stadium Nasional, Kallang itu, skuad Singapura mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri pada awal saingan dengan meraih gol pembukaan menerusi rembatan deras Shawal Anuar pada minit ke-10.
Jaringan tersebut menaikkan semangat skuad kendalian Tsutomu Ogura untuk terus mengasak kubu skuad Gajah Perang dengan kini giliran pemain berpengalaman, Faris Ramli mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-34.
Tersentak dengan gol tersebut, Thailand berusaha untuk bangkit sebelum berjaya merapatkan kelebihan hasil penyudah Patrik Gustavsson sebelum berakhir pada separuh masa pertama.
Bersambung pada babak kedua, Singapura terus berada dalam keadaan tertekan apabila pemain sensasi Thailand, Suphanat Mueanta menyamakan kedudukan pada minit ke-52.
Asakan bertali arus terus dilakukan pasukan pelawat dengan tuan rumah terdesak untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata berharga.
Namun, misi itu tidak kesampaian apabila Thailand menambah dua gol pada masa kecederaan menerusi penyudah Peerado Chamratsamee dan Teerasak Poeiphimai dengan kedudukan 4-2 kekal sehingga tamat perlawanan.
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand mengesahkan slot ke separuh akhir Piala Asean 2024 kali ini selepas mengutip sembilan mata.
Sementara itu, Malaysia yang meraih empat mata berpotensi untuk memintas kedudukan Singapura yang mengutip enam mata andai menang pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source