“Mungkin Allah Tahu Saya Belum Sedia, Sebab Itu Keguguran”
Pelakon Amyra Rosly reda selepas mengalami keguguran kandungan yang mencecah usia dua minggu dalam masa sama dia sedar belum sedia sepenuhnya untuk menimang anak ketiga.
Memetik Kosmo, Amyra berkata dia melihat kejadian itu sebagai hikmah daripada Allah Yang Maha Mengetahui tentang perjalanan hidupnya.
“Sebenarnya saya agak risau sejak tahu mengandung kerana naskhah ini memerlukan aksi fizikal yang mungkin berisiko untuk ibu mengandung .
“Tambahan pula, suami saya akan menunaikan ibadah haji ketika itu. Kalau saya bekerja, siapa yang akan menjaga anak-anak? Mungkin Allah tahu saya belum bersedia mengandung. Sebab itu saya keguguran sebelum usia kandungan mencecah lima minggu,” katanya.
Dalam pada itu, Amyra menyerahkan sepenuhnya soal zuriat kepada Allah dan jika diberi rezeki mahu hamil sebelum usia menceah 35 tahun.
“Itu semua rezeki Allah. Kalau diberikan zuriat lagi, Alhamdulillah. Kalau tidak, saya tetap bersyukur kerana sudah ada sepasang cahaya mata yang melengkapkan hidup saya.
“Saya lebih fokus memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap mereka kerana masing-masing sudah semakin besar dan mudah diuruskan.
“Kalau nak mengandung pun mestilah sebelum usia menginjak 35 tahun kerana kena fikir juga risiko kesihatan. Perlu fikirkan masa depan anak-anak, tak mahu dah berumur tapi anak masih kecil,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source