Bank Rakyat sumbang RM245,708 zakat perniagaan kepada MAIPs
ARAU: Bank Rakyat menyampaikan sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM245,708 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Penyampaian zakat berkenaan bersempena Program Kayuhan MAIPs Peduli yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Al-Mursyid, Pauh Guring di sini semalam.
Sumbangan zakat iitu dipersembahkan Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Prof. Dr. Raduwan Idar kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs.
Turut hadir, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani Abdul Rahman: Ketua Pegawai Syariah Bank Rakyat, Mohd Zamerey Abdul Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor,
Sumbangan itu adalah manifestasi komitmen Bank Rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta memastikan manfaat zakat dapat disalurkan secara menyeluruh kepada asnaf yang memerlukan.
Selain itu, Mohd Nazim berkata, program ini adalah cerminan gabungan usaha Bank Rakyat dan MAIPs dalam memperkukuhkan agenda pembangunan sosioekonomi serta membantu golongan asnaf di Perlis.
“Sumbangan zakat Bank Rakyat ini akan disalurkan kepada golongan asnaf melalui pelbagai inisiatif termasuk bantuan kewangan, pendidikan, perubatan dan pembangunan komuniti,” katanya.
Tambah beliau lagi, sumbangan zakat ini menggambarkan kesungguhan Bank Rakyat untuk menyokong inisiatif kemasyarakatan.
“Program Kayuhan MAIPs Peduli ini merupakan inisiatif berterusan yang menggabungkan elemen kemasyarakatan dan kebajikan di samping mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat. Program ini juga menjadi medium efektif untuk menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.
Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada beberapa golongan asnaf di kawasan berkenaan.
Baginda turut menyempurnakan lawatan ke beberapa lokasi sekitar Pauh Guring dan Arau.
Baginda berkenan merasmikan restoran usahawan asnaf MAIPs yang diusahakan oleh Mohd Khalis Mat Shah di warung Pertubuhan Kebajikan Guar Sanji (GS Care).
Mohd Khalis sebelum ini menerima bantuan mesin doh roti canai daripada MAIPs untuk menyokong perniagaannya.
Baginda juga melawat Pusat Latihan Renang RNJ Arau, sebuah inisiatif komuniti yang bertujuan meningkatkan penglibatan belia dan masyarakat dalam aktiviti riadah yang sihat.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source