Tiga beradik menang cabaran TikTok #MajuYourHomeWithBSN
PETALING JAYA – Tiga beradik asal Kota Bharu, Kelantan iaitu Muhammad Soleh Iskandar, 27, Aishah Iskandar, 33, dan Siti Fatimah Iskandar, 26, terpilih sebagai antara 23 pemenang cabaran TikTok menerusi kempen #MajuYourHomeWithBSN dengan hadiah keseluruhan RM50,000.
Ia sempena ulang tahun ke-38 MAJUHOME Concept dan ulang tahun ke-50 Bank Simpanan Nasional (BSN).
Muhammad Soleh yang membawa pulang sebuah almari serta dua beradiknya masing-masing memenangi set sofa serta karpet menganggap hadiah kemenangan ini sebagai pelangi selepas hujan.
Menurut Muhammad Soleh, dia tidak menyangka terpilih sebagai pemenang apabila menyertai cabaran TikTok tersebut pada saat-saat akhir selepas membaca iklan yang dimuat naik di media sosial rasmi BSN.
Tambah penjawat awam itu, dua beradiknya yang lain sebelum ini berada dalam keadaan bersedih apabila kawasan kediaman mereka di Kelantan dilanda banjir baru-baru ini.
“Ini memang rezeki untuk kami. Bila dapat tahu ada cabaran ini, terus ajak kakak dan adik ikut serta sekali.
“Kakak saya, Aishah sebelum ini memang berhajat nak beli sofa, bila banjir berlaku, perniagaannya terjejas, jadi terpaksa lupakan dulu hasrat untuk beli sofa. Alhamdulillah rezeki dia menang set sofa dari pihak MAJUHOME Concept dan BSN,” katanya kepada Kosmo! pada Majlis Penyampaian Hadiah Kempen #MajuYourHomeWithBSN di sini, hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden MAJUHOME Concept, Frankie Cheng berkata, objektif utama kempen ini adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk melengkapkan kediaman mereka dengan barangan berkualiti tinggi daripada jenama perabot bandarnya.
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan BSN dalam tujuan yang begitu baik, menyediakan perabot kami kepada rakyat Malaysia yang ingin melengkapkan atau menaik taraf kediaman mereka,” katanya.
Peraduan TikTok ini dibahagikan kepada tiga segmen, memfokuskan kepada ruang kediaman yang berbeza iaitu bilik tidur, pejabat rumah dan ruang tamu.
Sebagai tambahan kepada peraduan, tiga bilik pameran MAJUHOME Concept telah dilengkapi dengan hadiah ruang tamu masing-masing.
Lokasi ini termasuk MAJUHOME Concept di IOI City Mall, Putrajaya (bilik tidur), MAJUHOME Concept di IOl Mall Puchong (pejabat rumah), dan MAJUHOME di The Curve (ruang tamu). – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source