Sanusi belum mahu ulas isu Ahmad Samsuri letak jawatan
ALOR SETAR: Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak mahu mengulas berhubung isu peletakan jawatan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah hanya membalas ringkas mesej ketika ditanya sama ada tindakan Menteri Besar Terengganu itu sebagai langkah yang betul atau sebaliknya.
“Tak ada komen setakat ini,” katanya melalui kiriman WhatsApp kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Akhbar ini turut melaporkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga enggan ditemu ramah mengenai isu tersebut ketika ditemui pihak media di rumahnya di Rusila, Marang.
Rabu lalu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mengesahkan Ahmad Samsuri mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN namun enggan mengulas lanjut perkara itu.
Terdahulu, Majlis Tertinggi PN yang bermesyuarat pada 9 Disember lalu mengesahkan pelantikan enam jawatan penting yang kesemuanya kekal menjadi milik Bersatu.
Ia melibatkan pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN manakala jawatan Ketua Penerangan pula diisi Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Wanita.
Bersatu juga menamakan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Timbalan Pengerusi PN manakala Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) PN selaras dengan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source