‘Kontraktor mana saya berhutang, ada bukti ke?
PETALING JAYA – Didakwa tidak melunaskan hutang dengan kontraktor, pelakon Rozita Che Wan menafikan tuduhan tersebut.
Dalam masa sama, Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta, 51, itu turut meminta individu terbabit tampil bersama bukti berkenaan isu hutang tersebut.
“Kontraktor mana yang saya berhutang? Ada bukti ke?,” tanya Che Ta.
Perkara tersebut tercetus selepas seorang individu tampil mempersoal mengenai hutang Che Ta dengan kontraktor.
“Kasihan kepada kontraktor-kontraktor yang awak tak bayar kerja mereka, mak cik.
“Tak takut azab neraka ke?,” soal netizen.
Sebelum ini, sebuah akaun Instagram memuat naik hantaran mengenai luahan sikap pelakon itu yang enggan membayar kerja-kerja kontraktor mereka sebanyak RM7,000 selain tidak dapat dihubungi.
Difahamkan, akaun tersebut milik seorang kontraktor dalam bidang pemasangan rumput palsu.
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam individu berkenaan.
Minggu lalu, serbuan dilakukan oleh pihak Mara ke kediaman pelakon drama Kiah Pekasam di Kota Damansara setelah aktres itu tidak membayar hutang pinjaman dari agensi itu berjumlah hampir RM1 juta.
Pihak peguam telah menyerahkan writ terbabit hari ini berikutan tiada maklum balas serta kerjasama dari selebriti itu sebelum ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source