Sze Fei-Izzuddin catat kemenangan sulung
KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menghidupkan peluang ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 selepas mencatat kemenangan pertama.
Pada aksi kedua saingan Kumpulan A yang berlangsung di Hangzhou, China sebentar tadi, pasangan No.7 dunia itu dipaksa bermandi peluh sebelum menang 15-21, 21-19, 21-13 ke atas beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan.
Bagaimanapun, Sze Fei-Izzuddin menggalas misi cukup besar menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan esok apabila wajib menewaskan satu lagi beregu Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin untuk melangkah ke separuh akhir.
“Esok perlawanan yang sangat sukar untuk kami kerana mereka adalah juara Olimpik. Apa yang penting adalah kami perlu fokus pada persiapan, mental dan fizikal serta cuba tampilkan aksi terbaik,” kata Izzuddin kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Pada perlawanan pembuka tirai semalam, juara Terbuka China itu terpaksa akur dengan kekalahan tiga set 18-21, 21-16, 14-21 kepada beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Dalam pada itu, Sze Fei berterima kasih kepada Izzuddin yang banyak membantunya sepanjang perlawanan memandangkan dia terpaksa beraksi dalam kondisi kurang baik.
Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut memastikan kemenangan dalam saingan Kumpulan B selepas membenam cabaran Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia dengan 19-21, 21-14, 21-15.
Menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan esok, bekas juara dunia itu akan membuat perhitungan dengan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, juga dari Indonesia. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source