Seorang suspek seludup ganja, satu rombongan ditahan
KANGAR – Perumpamaan ‘seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit’ menggambarkan insiden melibatkan seorang lelaki disyaki menyeludup dadah jenis ganja sehingga semua tujuh penumpang lain dan pemandu van turut ditahan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar baru-baru ini.
Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, kejadian berlaku pada 2 Disember lalu sekitar pukul 3.30 petang ketika pemeriksaan dilakukan terhadap sebuah van jenis Toyota Commuter bernombor pendaftaran Thailand yang membawa lapan penumpang masuk ke Malaysia.
“Ketika semua penumpang turun bersama barangan masing-masing untuk diperiksa, pihak kami mengesan sebuah beg yang ditinggalkan di bahagian tempat duduk barisan paling belakang van tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Menurut beliau, pemeriksaan lanjut ke atas beg itu menemukan dua botol yang mengandungi ketulan tumbuhan disyaki kanabis seberat 10 gram dengan nilai anggaran RM200.
“Dadah tersebut disembunyikan di dalam sebuah beg plastik berzip berwarna biru bersama beberapa bungkusan makanan dan minuman,” jelasnya.
Tambah beliau, hasil siasatan mendapati dadah tersebut adalah milik seorang kenalan kepada ahli keluarga rombongan dari Johor yang turut serta dalam perjalanan tersebut.
“Suspek utama, seorang lelaki berusia 30 tahun, menumpang keluarga tersebut yang sedang bercuti di Hatyai, Thailand. Rombongan itu turut melibatkan dua warga emas berusia 70 dan 71 tahun yang merupakan datuk dan nenek keluarga itu,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source