Piala Cabaran: Gergasi Merah selangkah ke separuh akhir
PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC mempamerkan aksi lima bintang untuk menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN FC) 5-1 dalam aksi suku akhir pertama saingan Piala Cabaran di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, skuad Gergasi Merah bermula garang dengan meraih gol seawal minit kedua hasil penyudah penyerang import, Ronnie Fernandez selepas menerima hantaran Quentin Cheng.
Gol tersebut menaikkan semangat Selangor FC untuk terus menggandakan asakan dengan Quentin sekali lagi menjadi ‘mastermind’ dengan membuat hantaran tepat kepada Mukhairi Ajmal yang meledak gol kedua pada minit ke-37.
Bersambung pada babak kedua, Mukhairi terus menjadi duri dalam daging pasukan Kijang Emas apabila meledak gol ketiga dan kedua peribadinya selepas menerima hantaran Fernandez.
Namun, skuad KDN FC berjaya meraih gol saguhati dengan Arip Amiruddin merapatkan kedudukan menjadi 1-3 pada minit ke-70.
Kegemberiaan KDN FC tidak bertahan lama apabila Fernandez turut meledak gol kedua peribadinya berselang tiga minit kemudian selepas menyudahkan umpanan Faisal Halim.
Malam cemerlang Selangor berterusan dengan giliran Quentin mencetak nama sebagai penjaring selepas menyudahkan peluang yang dicipta Yohandry Orozco pada minit ke-80 dengan keputusan 5-1 kekal sehingga wisel penamat.
Kedudukan tersebut menyaksikan Selangor FC seperti meletakkan sebelah kaki ke pentas separuh akhir Piala Cabaran musim ini dengan aksi kedua dijadual berlangsung 23 Disember depan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source