Piala Cabaran: Penang FC berpesta gol, Melaka FC hampir gigit jari
PETALING JAYA – Pasukan Penang FC selangkah ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan kelab Liga A1 Semi Pro, PT Athletic FC, 4-0 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, skuad Harimau Kumbang dikuatkan dengan dua pemain kebangsaan, Syamer Kutty Abba dan Adib Ra’op yang baru pulang daripada Kemboja selepas mewakili Harimau Malaya kelmarin/
Kehadian dua pemain tersebut melonjak semangat tuan rumah yang membuka ‘akaun’ jaringan menerusi rembatan kencang Rodrigo Dias seawal minit ke-19.
Gol tersebut menaikkan semangat tuan rumah untuk menggandakan kelebihan dengan kini giliran Dylan Wenzel-Halls untuk mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-41.
Bersambung pada babak kedua, Penang FC meneruskan momentum dengaana pemain import sensasi, Rafael Vitor menambah derita pelawat dengan meledak gol ketiga pada minit ke-61.
Kemenangan bergaya tuan rumah dilengkapkan dengan penyudah pemain gantian, Nabil Latpi yang menjaringkan gol berselang lapan minit kemudiian dengan keputusan 4-0 kekal sehingga wisel penamat.
Sementara itu, di Stadium Hang Jebat, Melaka, pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) bangkit untuk mengikat Melaka FC 2-2 pada aksi pertama Piala Cabaran seebbentar tadi
Gol-gol pasukan Melaka dijaringkan oleh Durrkeswaran Ganasan dan Fikri Md Shah manakala The Cops mendapat gol hasil penyudah Hadi Fayyadh dan Fakhrul Azim Mohd Zulphatah.
Aksi pusingan kedua Piala Cabaran dijadualkan berlangsung pada 21 dan 23 Disember depan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source