Penyanyi Wanita Thailand Ini Meninggal Dunia Selepas Jalani Tiga Sesi Urutan Leher
Seorang penyanyi wanita dari Thailand dilaporkan meninggal dunia selepas pergi mengurut di sebuah kedai yang terletak di wilayah Udon Thani, Ahad lalu.
Chayada Prao-hom, 20, dari Guitar Record disahkan meninggal dunia selepas menjalani sesi urutan di leher buat kali ketiga di premis terbabit.
Menurut laporan, mangsa maut pada jam 6 pagi di unit rawatan rapi (ICU) di hospital Udon Thani dan doktor mengesahkan ia berpunca akibat jangkitan darah dan pembengkakan otak.
Ketika ditemu bual, teman lelaki Chayada memaklumkan penyanyi itu ada mengadu sakit belakang selepas membuat persembahan pada 5 Oktober lepas.
Lelaki itu kemudian membawa teman wanitanya ke kedai urut tersebut dengan harapan dapat melegakan rasa sakit dialami Chayada.
Selepas menerima urutan dia mengadu pula rasa kebas pada separuh badan dan lengan kirinya tidak boleh digerakkan.
Sebelum meninggal dunia, Chayada sempat mengemas kini hantaran di Facebook dan berkata tangannya bengkak dan lebam selepas menerima rawatan urut kali ketiga.
Ibu Chayada dan juga teman lelakinya itu dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kedai urut terbabit dan pihak polis juga menjalankan siasatan untuk mengetahui sama ada premis itu berdaftar dan mempunyai lesen yang sah.
Apa yang perlu kita teliti ialah sama ada perkhidmatan urutan yang mereka berikan (kepada Chayada) adalah amalan yang betul dan sejajar dengan standard untuk urutan tradisional Thailand.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source