Logik la RM91, ambil lauk pun banyak’
PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial selepas mendapati harga empat jenis lauk dan sayur yang dibelinya di sebuah restoran mencecah RM91, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.
Menerusi hantaran di TikTok oleh @afifah.ml, wanita itu berkongsi makanan yang dibelinya, termasuk tiga ketul ayam goreng, terung balado, satu kilogram daging dendeng, tiga senduk siput sedut masak lemak cili api, dan tiga ketul rendang ayam.
Hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, yang kebanyakannya bersetuju dengan harga tersebut memandangkan kuantiti lauk yang diambil wanita itu agak banyak.
“Sangat sangat logik. Daging sekarang, sekilo dah RM40. Itu belum dimasak lagi. Dah masak, dah berapa harganya. Itu belum lagi lauk-lauk yang lain tu. Siput pun memang mahal lah,” komen Yan.
“Jujur nak bagitahu daging dendeng memang mahal. Padankan pula dengan siput sedut, memang mahal,” kata Puteri Nur Syamimi Nadia.
“Baru tengok daging dan siput sedut, dah tahu jawapan dia logik,” ujar Farahanim Ab Ghafar. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source