Gelombang Kedua Banjir Diramal Bermula Hari Ini, Pahang & Johor Dijangka Terjejas
Gelombang kedua banjir diramalkan berlaku dalam tempoh dua minggu bermula hari ini, kata Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia juga meramalkan Pahang dan Johor antara negeri yang dijangka turut terjejas dengan bencana banjir kali ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, di Sabah dan Sarawak pula, banjir dijangka berlaku dalam tempoh penghujung bulan ini hingga Mac.
Kita harap supaya tidak terjadi seperti mana gelombang pertama, kali ini gelombang kedua mungkin akan membabitkan Johor dan Pahang dengan lebih berat lagi, namun kesiapsiagaan melalui pengagihan perkhidmatan untuk aset dan pegawai serta anggota dan peralatan telah kita atur gerak.
Kita harapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melakukan penyelarasan terhadap usaha yang dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara.
Beliau turut menambah, setakat ini kurang 10,000 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 153,000 pada 1 Disember lalu, yang membabitkan 45,000 keluarga.
Ahmad Zahid turut berterima kasih dan menzahirkan penghargaan atas kerja keras semua pihak yang terlibat termasuklah NGO yang membantu mangsa banjir serta ker-kera pembersihan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source