KPM dengar cadangan kembalikan nama sekolah asal
BUKIT MERTAJAM : Kementerian Pendidikan mendengar pandangan untuk mengembalikan semula nama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tun Omar Ong Yoke Lin yang ditukarkan nama SJKC Gamuda Cove sebelum ini.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beliau mendengar semua cadangan yang dilontarkan ketika ini, namun memaklumkan, terdapat proses yang perlu dilalui terlebih dahulu.
“Kita ada proses dan setakat ini, saya tidak fikir itu satu perkara yang sukar, malah, kita mendengar semua pandangan.
“Kita akan ambil perhatian untuk cadangan (pertukaran nama sekolah) tersebut…ada cadangan, kita dengar dan ambil perhatian,” katanya selepas menyertai program Khazanah Reformasi Walk di Seberang Jaya di sini, hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi ucapannya mengumumkan akan membawa isu SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin yang ditukarkan nama SJKC Gamuda Cove itu ke Kabinet.
Ahmad Zahid dilaporkan bersetuju dengan pandangan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong agar nama asal itu dikembalikan.
Terdahulu, Ka Siong dalam ucapannya berkata, nama pengasas MCA iaitu Tun Omar itu telah diluluskan oleh bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 26 Oktober 2017 bagi nama asal sekolah berkenaan.
Untuk rekod, Tun Omar adalah pengasas MCA dan antara tokoh yang terlibat dalam memperjuangkan kemerdekaan negara sebelum ini. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source