Isu buli? Hollywood pun ada
Industri seni hiburan tempatan kebelakangan ini banyak pula memainkan isu ‘buli’ atau layanan tidak baik yang diterima oleh segelintir pelakon baharu yang mahu mencari tapak dalam dunia seni.
Meskipun sebenarnya perkataan buli itu sendiri seakan ‘tajam’ atau terlalu buruk untuk diinterpretasikan, kononnya, ada kalangan pelakon baharu pernah berdepan dengan situasi seperti itu.
Mungkin ada, mungkin jua kenyataan seperti itu boleh bersifat dangkal atau tidak sahih. Cuma, kalau hendak kata layanan tidak baik, rasanya itu mungkin wujud.
Jadi, jangan fikir ia cuma berlaku di dalam industri seni hiburan tempatan sahaja. Di Hollywood juga, wujud insiden-insiden tidak manis seperti ini dan ia berlaku terhadap pelakon-pelakon bernama besar menerusi pengalaman masing-masing.
Berikut adalah beberapa pelakon yang pernah mengalami situasi begitu namun bertuah kerana mendapat pembelaan rakan pelakon lain.
Nathalie Emmanuel
Pada tahun 2020, pelakon drama bersiri popular, Game of Thrones, Nathalie Emmanuel, berkongsi dirinya pernah diminta untuk mengenakan kostum yang agak terdedah untuk menjayakan drama berkenan.
Kostum itu agak mencolok mata sehinggakan dia tidak berasa selesa untuk menyatungkannya selain turut ditegur oleh beberapa pelakon tambahan lain.
Menyuarakan perkara berkenaan, Nathalie ada memberitahu mengenai ketidakselesaannya itu kepada petugas belakang tabir, namun tidak diendahkan sehinggalah pelakon utama, Emilia Clarke campur tangan.
Isu itu berjaya ditangani dan Nathalie sangat berterima kasih kepada Emilia kerana sikap prihatinnya.
“Emilia dan saya sentiasa menjaga satu sama lain. Jika anda adalah satu-satunya perempuan di set yang didominasi oleh lelaki, persahabatan itu mencipta satu ikatan yang unik,”katanya.
Hilarie Burton Morgan
Dalam satu episod podcast Drama Queen pada tahun 2023, Hilarie Burton Morgan (salah seorang daripada 18 wanita yang menuduh penerbit One Tree Hill, Mark Schwahn, melakukan serangan seksual dan gangguan) berkongsi bahawa aktor Chad Michael Murray telah membuat tindakan beranai menghalang ‘bos’ mereka (yang tidak disebut namanya) daripada cuba menyentuhnya di sebuah bar.
“Ketika itu Chad datang dan berkata, ‘Apa yang kamu lakukan?’ Dia berkata begitu kepada bos kami di bar itu dan cuba menghalang kejadian tidak baik berlaku di situ.
“Chad menyaksikan bos kami menyentuh saya di hadapan ramai orang, dan Chad tahu dia tidak perlu takut kerana bos kami memang sudah membencinya.
“Ramai orang lain mempunyai banyak untuk dipertaruhkan, jadi mereka tidak bersuara apabila mereka merasa risiko terlalu tinggi. Tetapi (bos kami) begitu yakin bahawa itu bukan satu masalah baginya.
Dia fikir dia boleh lakukan apa sahaja kepada saya secara terbuka walaupun teman lelaki saya ada di situ,”katanya.
Sally Field
Dalam satu temu bual dengan majalan Vulture awal tahun ini, aktres, Sally Field berkongsi, semasa penggambaran filem Steel Magnolias, pengarah Herbert Ross bersikap terlalu keras terhadap Julia Robert.
Mengetahui sikap buruk pengarah tersebut, barisan pelakon wanita lain sentiasa melindungi Julia.
“Kami semua bersatu untuk menyokong Julia, kerana dia adalah yang paling muda. Dia seperti pendatang baru. Dia hebat, tetapi dia menjadi sasaran Herbert. Ia sangat teruk.
“Sesetengah orang memang perlu ada seseorang untuk dijadikan sasaran. Tetapi kami semua membantunya, dan saya masih ingat Dolly Parton pernah menegur Herbert.
“Herbet sentiasa dengan humor, tetapi biasanya humor yang paling lucah yang pernah anda dengar. Bagi kami ia tidak wajar,”katanya.
Bradley Pierce
Pelakon, Bradley Pierce, dalam satu temu bual dengan pihak media pernah memberitahu, sewaktu dirinya berusia 13 tahun dan terlibat dalam penggambaran filem Jumanji, terdapat satu pengalaman tidak menarik berlaku.
“Kanak-kanak hanya boleh berada di set untuk tempoh tertentu. Penerbit telah mendekati ibu bapa kami dan bertanya, ‘Adakah ada cara untuk kami buat lebih masa untuk menyelesaikannya?’
“Namun, apabila mendiang Robin Williams mengetahui perbualan tersebut, dia telah menarik pengarah, Joe Johnston dan penerbit ke tepi. Robin berkata, ‘Tidak, kita tidak akan bekerja lebih masa. Awak akan benarkan semua orang keluar sekarang, dan kita akan sambung minggu depan’,”katanya.
Menurut Bradley, walaupun tindakan itu melibatkan kos yang besar, namun tiada siapa yang akan bertindak seperti Robin.
“Selain bersikap mesra, murah hati, dan baik hati, mendiang Robin yang saya ingati, juga seorang yang sangat melindungi,”ujarnya.
Emma Thompson
Tampil dalam rancangan Sweden Skavlan pada tahun 2017, Emma Thompson pernah berkongsi mengenai satu kejadian yang menimpanya di set.
“Terdapat seorang pelakon wanita hebat dalam filem yang saya lakonkan, Brideshead Revisited. Penerbit berkata kepadanya, ‘Bolehkah awak kurangkan berat badan?’ Sedangkan bagi kami semua, dia benar-benar jelita!
“Saya berkata kepada mereka, ‘Jika awak bercakap dengannya tentang perkara ini lagi, walau pada tahap apa pun, saya akan meninggalkan produksi ini. Awak tidak boleh melakukannya.
“Apa yang berlaku itu sangat jahat, dan perkara ini semakin teruk. Kadang-kadang, ada topik tertentu yang anda perlu bersuara tentangnya kerana ia sangat membosankan dan telah berlarutan terlalu lama,”katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source