[VIDEO] ‘Ramai pemandu bagi isyarat sesaat terus tukar lorong’
PETALING JAYA – Seorang pemandu kereta berdepan detik cemas apabila terpaksa menekan brek secara mengejut selepas sebuah kenderaan menukar laluan secara tiba-tiba.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka yang dikongsi di Facebook, pemandu kereta tersebut memandu di lorong kanan sebelum sebuah kereta jenis Perodua Axia yang berhenti di lorong kiri menukar laluan ke kanan tanpa sebarang isyarat.
Terkejut dengan tindakan kereta itu, pemandu tersebut terpaksa melakukan brek mengejut dengan seorang wanita yang berada di dalam kereta berkenaan menjerit kerana panik.
Hantaran video tersebut menarik perhatian pengguna media sosial termasuk ramai yang meluahkan rasa marah dengan sikap pemandu Axia yang dianggap cuai dan membahayakan pengguna jalan raya lain.
“Kawasan Seremban memang banyak pemandu yang tidak bertanggungjawab. Dah tahu jalan turun ke kawasan Forest itu sesekali sesak, awal-awal tukarlah lorong,” ujar Muhammad Muharam.
“Ramai pemandu macam ni sekarang. Bagi isyarat sesaat terus tukar laluan. Cuba masa ambil lesen kau buat lah macam tu juga,” komen Azlin Aziz.
“Jalan ni memang orang selalu potong barisan. Nak cepat masuk simpang Forest Height tu. Dekat sini memang rutin hariannya begitu. Kena berhati-hati,” kata Tengku Seven. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source