Status India Muslim sebagai bumiputera diproses ikut Perlembagaan
GEORGE TOWN : Status permohonan komuniti India Muslim sebagai bumiputera akan diproses mengikut saluran yang ditetapkan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ketika ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam hal ini, beliau telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk menguruskan perkara tersebut dengan sebaiknya.
Jelas Anwar, kerajaan juga tidak menetapkan tempoh masa untuk meluluskan permohonan tersebut kerana ia dibuat secara individu.
“Itu ‘normal process’ (proses biasa). It based on individual process (Ia dibuat berdasarkan permohonan individu). Jadi, ‘no time frame’ (tidak ada jangka masa yang ditetapkan),” katanya.
Beliau ditemui semasa menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-70 Liga Muslim Pulau Pinang di Pusat Konvensyen Spice, Bayan Lepas, di sini malam ini.
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek; Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid; Presiden Liga Muslim Pulau Pinang, Datuk Seri Najmudeen Kader serta beberapa kenamaan lain.
Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau menghargai peranan yang dimainkan oleh Liga Muslim Pulau Pinang khususnya dalam melahirkan beberapa tokoh ilmuan ternama tanah air.
Sehubungan itu, beliau bersetuju untuk meluluskan dana sebanyak RM250,000 sebagai permulaan asas kepada pembangunan latihan keusahawanan termasuk bidang kecerdasan buatan (AI) bagi komuniti India Muslim khususnya di Pulau Pinang.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source