Interpol sedang nilai permohonan Notis Merah terhadap Jho Low
KUALA LUMPUR – Polis Antarabangsa (Interpol) masih dalam proses menilai permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan Notis Merah terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta PDRM untuk mendapatkan bantuan Notis Merah itu pada 23 Ogos tahun lalu.
“Interpol masih dalam proses penilaian permohonan berkenaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau menjawab soalan Chong Zhemin (PH-Kampar) mengenai langkah kerajaan untuk mengesan dan membawa pulang Jho Low serta menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Saifuddin berkata, PDRM turut melaksanakan usaha melalui kerjasama Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan apa juga maklumat yang boleh membantu mengesan serta menangkap Jho Low.
Menurut beliau, kerjasama dengan pihak berkuasa Singapura dan agensi penguat kuasa negara luar lain yang turut menjalankan siasatan ke atas dana milik Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tujuan tersebut.
Tambah beliau, AS melalui Jabatan Kehakiman (DOJ) juga memfailkan pertuduhan terhadap Jho Low di Mahkamah New York pada 2018, namun belum berjaya melaksanakan waran tangkap sehingga hari ini.
Ujar beliau, usaha menjejaki Jho Low masih giat dijalankan dan segala maklumat diterima mengenai keberadaannya di negara asing diteliti kesahihannya menggunakan saluran kerjasama antarabangsa. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source