Batal Percutian Ke Luar Negara, Datuk Yusof Haslam Sumbang Dana Ke Mangsa Banjir
Pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam yang ditemui media memaklumkan dia telah membatalkan perancangan bercuti bersama ke luar negara gara-gara banjir yang melanda sesetengah negeri pada ketika ini.
Yusof berkata, keadaan cuaca dan musibah yang melanda negara pada ketika ini dirasakan seperti tidak sesuai untuk dia dan keluarga ke luar negara semata-mata untuk bercuti.
Pada ketika ini, hari-hari dalam keadaan hujan dan bajir berlaku yang menyebabkan rakyat Malaysia pun muram. Jadi, kami buat keputusan batalkan perancangan percutian. Tak pergi mana-manalah.
Tahun lalu pun, kita dah pergi ke Jepun bercuti sekeluarga. Jadi, untuk tahun ini kita berehatlah. Kita tangguhkan dulu dan pada tahun depan 2025 pun kita belum fikirkan lagi, fikir nanti.
Ujarnya lagi, mengenangkan ada kawan-kawan dan staf Skop Productions yang turut terjejas dengan ujian banjir teruk jadi keadaan itu membuatkan dirinya tidak senang hati untuk bercuti bersama keluarga.
Kita nak pergi seronok-seronok bercuti pun tak selesa sebab mengenangkan ada kawan-kawan dan staf Skop Productions yang kediaman mereka tenggelam akibat banjir di Kelantan. Jadi, lebih baik duit yang ada itu disedekahkan untuk bantu mereka.
Jadi, kali ini pun saya rasa tak manislah untuk kita sekeluarga ke luar negara bercuti sebab ada antara staf syarikat saya yang bersedih kerana ditimpa musibah berkenaan. Lebih baik saya bantu mereka saja.
Dalam pada itu, Yusof Haslam juga memaklumkan pihak mereka akan ke Pantai Timur bagi melakukan aktiviti bantuan dan memberikan sumbangan pada tahun depan apabila keadaan banjir semakin pulih.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source