Korea Selatan tarik balik undang-undang tentera
SEOUL – Parlimen Korea Selatan sebulat suara bersetuju untuk membatalkan pengisytiharan undang-undang tentera yang dibuat oleh Presiden Yoon Suk-yeol lewat malam semalam.
Suk-yeol mengisytiharkan undang-undang darurat itu kerana menuduh parti pembangkang menghasut pemberontakan terhadap kerajaan, lapor agensi berita United Press International.
“Undang-undang tentera bertujuan untuk menghapuskan anasir subversif pro-Korea Utara dan melindungi peraturan kebebasan perlembagaan,” kata Suk-yeol ketika mengisytiharkan undang-undang tentera semalam.
Keputusan itu dibuat pertama kali di Korea Selatan sejak 1979 tetapi hanya berlangsung selama dua jam.
Beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di luar Parlimen untuk menentang keputusan tersebut sebelum ia ditarik balik.
Seramai 190 Ahli Parlimen yang hadir dalam sidang sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) sebulat suara menyokong usul untuk menamatkan undang-undang tentera.
Speaker Parlimen berkata, undian yang diterima menjadikan pengisytiharan undang-undang tentera Suk-yeol terbatal mengikut Perlembagaan negara.
Ketua Turus Tentera Korea Selatan, Jeneral Park An-su, melarang semua aktiviti politik selepas Suk-yeol mengisytiharkan undang-undang tentera termasuk demonstrasi dan aktiviti parti politik.
Dekri rasmi yang dihantar kepada pemberita mengatakan bahawa ‘semua media dan penerbitan adalah tertakluk kepada kawalan perintah undang-undang tentera.’
“Berita palsu, manipulasi pendapat umum dan propaganda palsu adalah dilarang,” kata dekri itu sambil memberi amaran bahawa mereka yang melanggarnya boleh ditangkap tanpa sebarang waran.
Tindakan Suk Yeol menimbulkan kemarahan parti pembangkang, Parti Demokratik, yang dituduh cuba memecat pendakwa raya kanan dan menolak cadangan belanjawan kerajaan, selain bersimpati dengan Korea Utara serta aktiviti anti negara. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source